fbpx

Arcturus punca lonjakan kes baharu Covid-19 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memakai pelitup muka di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Hong Kong pada 25 November 2020. – AFP

GENEVA – Pegawai-pegawai kesihatan memberi amaran mengenai subvarian baharu yang sangat mudah berjangkit dan menjadi punca kepada lonjakan kes baharu Covid-19 di seluruh dunia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Sub varian baharu itu dinamakan XBB.1.16 atau dikenali sebagai Arcturus. Ia yang merupakan subvarian Omicron, kini menyerang seluruh India dengan hospital-hospital berada dalam waspada, manakala peraturan pemakaian pelitup muka turut diperkenalkan kembali.

Pakar-pakar percaya XBB.1.16 mencetuskan gelombang baharu kes Covid-19 yang meningkat 13 peratus pada bulan lepas.

Ia juga lebih mudah berjangkit berbanding varian Kraken XBB .1.5 virus tersebut.

Namun setakat ini, pesakit Covid-19 yang dijangkiti varian baharu itu tidak mengalami simptom yang teruk.

Ketua Teknikal Covid Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Maria Van Kerkhove berkata, varian Arcturus sudah menular selama beberapa bulan.

“Kami masih belum melihat perubahan ketara dalam keterukan pesakit yang dijangkiti,” katanya.

Tambah Kerkhove, meskipun XBB.1.16 dikesan di negara-negara lain, kebanyakan jujukan adalah dari India di mana ia telah menggantikan varian lain sebagai varian dominan.

India merekodkan hampir 6,000 kes baharu Covid-19 Ahad lalu, demikian menurut data kerajaan, menjadikan kes aktif di negara itu berjumlah 35,000.

Kebanyakan bandar di India turut menyaksikan lonjakan kes sejak Covid-19 beberapa minggu kebelakangan ini, namun peningkatan itu tidak membawa kepada pertambahan kadar kemasukan ke hospital.

Menurut WHO, lebih 500,000 kes baharu Covid-19 dan lebih 2,000 kematian berkaitan virus itu dilaporkan di seluruh dunia dari 3 hingga 10 April lepas.

Ia merupakan penurunan sebanyak masing-masing 31 peratus dan 57 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Simptom XBB.1.16 sama se­perti varian sebelumnya terma­suk sakit tekak, demam, hidung berair, keletihan, batuk dan sakit pada bahagian abdomen. Ia juga boleh menjangkiti individu yang telah divaksin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI