fbpx

UCL: Manchester City selesa kutip bekalan ke Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain City meraikan kejayaan mereka merakam kemenangan ke atas Bayern pada aksi suku akhir pertama di Etihad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui hampir ‘hilang nyawa’ selepas menyaksikan anak-anak buahnya melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Bayern Munich pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Etihad itu, The Citizens mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila meletakkan sebelah kaki ke pusingan separuh akhir hasil ja­ringan Bernardo Silva, Rodri dan Erling Haaland.

Kata Guardiola, kemenangan yang diraih tidak memberikan sebarang jaminan kerana apa sahaja boleh berlaku pada perlawanan di tempat lawan minggu depan, tetapi apa yang dipamerkan oleh pasukan semalam cukup luar biasa.

“Saya akui tidak selesa dan cukup beremosi sepanjang perlawanan. Saya rasa hampir tua le­bih 10 tahun selepas menyaksikan aksi ini kerana tentangan sengit yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

“Saya tidak tahu bagaimana kami dapat menjaringkan tiga gol, tetapi ini adalah keputusan yang luar biasa dan pemain semua menunjukkan komitmen cukup ampuh sepanjang perlawanan. Bayern adalah pasukan yang berkualiti dan kita perlu kekal waspada,” katanya.

Sementara itu, pengendali import dari Sepanyol itu turut memuji impak Silva dan Haaland yang cukup agresif dalam usaha memastikan pasukan dapat membawa bekalan selesa sebelum bertandang ke Allianz Arena nanti.

“Silva adalah salah seorang pemain terbaik yang pernah saya latih dalam karier dan saya sangat menghargainya. Haaland pula kita tahu sisi luar biasanya dengan penyudah berbisa dan saya harap dia dapat teruskan momentum sehingga penghujung musim nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI