fbpx

Tentera maut di Hutan Belum akibat cedera terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nasri

IPOH – Polis mengesahkan punca kematian Koperal Mohamad Nasri Mohd. Nasib yang ditemui selepas enam hari dilaporkan hilang di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik, akibat kecederaan di kepala kerana terjatuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian diperoleh hasil proses bedah siasat ke atas mayat anggota berusia 33 tahun itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Hasil bedah siasat pihak hospital mengesahkan mangsa ialah anggota tentera dari Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang yang dilaporkan hilang 7 April lalu.

“Punca kematian mangsa disebabkan kecederaan akibat terjatuh. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusri sebelum ini memaklumkan, mayat anggota tentera itu ditemui pukul 10.15 pagi semalam dalam keadaan sempurna di kawasan hutan berhampiran sungai dan pihaknya percaya tiada unsur jenayah atau bintang buas dalam kes tersebut.

Media pula sebelum ini melaporkan, seorang anggota tentera hilang ketika sedang menjalankan operasi bersama lima rakan setugas di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum pada pukul 5 petang, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI