fbpx

Saintis namakan spesies baharu Bunga Lalisa sebagai penghormatan kepada Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pasukan penyelidik dari Universiti Chiang Mai di Thailand menemui sejenis tumbuhan wangi baharu di wilayah Narathiwat baru-baru ini, lapor sebuah portal berita semalam.

Tumbuhan itu diklasifikasikan sebagai antara paling jarang ditemui dan paling berisiko untuk pupus di seluruh dunia.

Kumpulan saintis berkenaan memberi nama istimewa kepada tumbuhan tersebut iaitu Bunga Lalisa. Ia sebagai penghormatan kepada anggota kumpulan Blackpink, Lalisa Manobal yang memberikan inspirasi kepada mereka.

Nama saintifik tumbuhan itu ialah Friesodielsia Lalisae Damth., Baka & Chaowasku. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI