fbpx

Perkeso serah bayaran faedah RM174,000 kepada 11 penerima 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapha (dua dari kiri) dan Subhan (dua dari kanan) pada pelancaran Insentif Kejaya Madani 2023, di Hotel Berjaya Times Square hari ini

KUALA LUMPUR –  Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan bayaran faedah berjumlah RM174,000 kepada 11 penerima pada Majlis Iftar Perkeso 2023 di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subhan Kamal berkata, penerima faedah terbabit menerima bayaran menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Sistem Insurans Pekerjaan (SOP).

“Majlis Iftar Perkeso 2023 turut meraikan 130 orang jemputan terdiri daripada anak yatim dan ibu tunggal.

“Menerusi program lazim di Perkeso ini, kami turut sediakan sumbangan untuk tetamu yang diraikan berupa hamper, duit raya dan baju raya,” katanya ketika berucap di Hotel Berjaya Times Square di sini.

Turut berlangsung pelancaran Insentif Kejaya Madani 2023.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud mewakili Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pada majlis tersebut menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang bekerja sendiri.

“Membimbangkan saya adalah tentang perlindungan individu bekerja sendiri yang berisiko kemalangan jalan raya seperti penghantar makanan.

“Perkeso ada sediakan perlindungan SKSPS di bawah Akta 789 untuk golongan bekerja sendiri ini,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan sentiasa prihatin dengan keluhan masyarakat mendepani cabaran hidup.

“Sehubungan itu, kerajaan tumpukan langkah-langkah tangani peningkatan kos sara hidup menerusi Belanjawan 2023,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI