fbpx

Pengemis minta sedekah guna kod QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gumabao dihampiri pengemis tersebut ketika bercuti di Singapura. - Michele Gumabao

SINGAPURA – Seorang pemain bola tampar yang juga pemenang beberapa pertandingan ratu cantik di Filipina mendedahkan bahawa dia didatangi pengemis yang meminta wang sumbangan menggunakan kod QR di Singapura, lapor portal berita Coconuts kelmarin.

Michele Gumabao berkongsi perkara itu di laman Twitter dan memberitahu, dia didatangi penduduk tempatan yang meminta sedekah ketika bercuti di republik itu.

“Seseorang datang mengemis ketika saya berada di Singapura. Saya memohon maaf kepadanya kerana tidak mempunyai wang tunai. Dia kemudian menunjukkan kod bar (QR) kepada saya,” ujarnya merujuk kepada wang derma menggunakan kaedah tanpa tunai itu.

“Masalah negara dunia pertama,” kata seorang netizen.

Perkongsian Gumabao itu bagaimanapun  dipertikaikan sebilangan pengguna media sosial yang berkata, aktiviti meminta sedekah jarang berlaku di Singapura disebabkan undang-undangnya yang ketat.

“Meminta sedekah  dilarang sama sekali di Singapura. Selama 15 tahun menetap di negara itu, saya belum pernah melihat orang mengemis. Lain kali, terus laporkan kepada polis,” kata seorang netizen.

“Singapura merupakan negara dengan penduduk tanpa tunai, sebab itu mereka menggunakan kod QR. 

“Namun, kebanyakan mereka bukan pengemis kerana mereka mempunyai maruah (mereka memberi tisu kepada anda) dan sebagai pertukaran, anda perlu membayar sedikit wang. Tisu berharga S$1 (RM3.32), tetapi anda boleh membayar lebih. Bahkan pemuzik jalanan pun mempunyai kod QR mereka sendiri,” ulas seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI