fbpx

‘Pastikan bayaran zakat fitrah tepat, tidak lebih atau kurang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan Sheikh Faisol memberikan penerangan tentang pembayaran zakat fitrah.

PETALING JAYA – Seorang pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar menasihati orang ramai supaya cakna dalam membuat pembayaran zakat fitrah di daerah masing-masing.

Melalui akaun TikTok @Datosyeikhfaisol_omar memaparkan beberapa pesanan kepada pembayar dan pengutip zakat fitrah supaya tidak berlaku salah faham dalam memenuhi tuntutan fardhu ain itu.

“Ketika membuat pembayaran, pastikan jumlah yang perlu dibayar adalah betul-betul jumlah yang tepat. Tidak kurang dan tidak lebih.

“Kalau kurang, sudah tentu tidak sah. Kalau lebih pula ada dua kemungkinan, sama ada bayar secara terus pada penerima zakat fitrah atau melalui pengutip zakat (amil),” katanya.

Menurutnya lagi, pesanan kepada amil, ketika pembayar zakat fitrah sedang melakukan pembayarannya lalu mempunyai baki, jika diberikan baki tersebut sebagai sedekah (pemberian) maka haram baginya menerima.

Hendaklah tolak dengan tegas. Jika pemberi itu berdegil juga. Ada dua perkara yang boleh dilakukan oleh pihak amil.

“Pertama, jika amil itu bertugas untuk sebuah masjid, sediakan satu tabung untuk lebihan yang ingin disedekahkan dan berikan kepada masjid itu sebagai tabungan untuk tujuan kebajikan.

“Kedua, ambil hasil kutipan lebihan tadi, berikan pada orang yang layak menerima bantuan seperti orang miskin dengan menggunakan nama pemberi zakat fitrah tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI