fbpx

MUIS catat pungutan zakat RM133.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahya (tiga, kanan) ketika menerima mok cek daripada salah satu pembayar zakat sempena Majlis Berbuka Puasa MUIS di Kota Kinabalu malam tadi. - Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Sebanyak RM133.4 juta pungutan zakat direkodkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berbanding agihan berjumlah RM122 juta bagi tahun lalu.

Pungutan zakat berkenaan adalah rekod baharu yang dicapai pengurusan pungutan dan agihan zakat Sabah disebabkan sudah melebihi unjuran yang dijangkakan iaitu RM126 juta.

Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, MUIS menerusi bahagian-bahagian di bawahnya sepanjang tahun 2022 giat menggandakan aktiviti ke arah memartabatkan syiar Islam, memperkasa ekonomi serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Sabah dan Malaysia amnya.

“MUIS juga berjaya mengekalkan Pensijilan ISO 9001:2015. Penganugerahan tersebut sudah diberikan kepada kita oleh Juruaudit Bertauliah Antarabangsa SGS (Malaysia) Sdn Bhd.

“Kita turut memperolehi Sijil Bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) bagi tiga tahun berturut-turut bagi prestasi Penyata Kewangan Tahun 2019, Penyata Kewangan Tahun 2020 dan Penyata Kewangan Tahun 2021.

“Malahan di bawah MUIS Halal Hub, perkhidmatan sertu iaitu proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) sedang giat dilaksanakan sejak tahun lalu.

“Selain pengenalan Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) untuk usahawan di bawah industri mikro (home based), MUIS Halal Hub juga sedang dalam usaha membangunkan Makmal Halal dan Ekosistem Halal Maritim di negeri Sabah,” katanya ketika berucap sempena Majlis Berbuka Puasa MUIS Sabah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI