fbpx

MAIS peruntuk RM500,000 santuni 9,081 anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tengah) bersama pihak pengurusan dan anak-anak yatim pada program itu di Johan Setia, Klang, hari ini.

KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan berjumlah RM500,000 bagi menyantuni kebajikan 9,081 anak yatim di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, dana menerusi peruntukan Baitulmal MAIS itu diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

Menurutnya, YIDE merupakan anak syarikat yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak yatim.

“Sebagai agensi Islam yang bertanggungjawab menyantuni anak yatim, MAIS berharap bantuan itu dimanfaatkan bagi pengurusan rumah anak yatim berdaftar.

“Selain itu, ia dapat memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan golongan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program agihan bubur lambuk di Johan Setia di sini, hari ini.

Sebanyak 600 bekas bubur itu diagihkan kepada empat rumah anak yatim iaitu Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia; Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat.

Pada program itu, seramai 125  anak yatim turut menerima sumbangan duit raya berjumlah RM1,250 bagi meringankan beban dan menceriakan golongan berkenaan.

Abdul Aziz menjelaskan program itu antara inisiatif MAIS mengimarahkan Ramadhan selain mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI