fbpx

Mahkamah: Gaduh Jalan Telawi, tiga didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga tertuduh ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiga penganggur didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian pergaduhan, di Jalan Telawi, Bangsar dua tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh iaitu G.Naresh, 27, K.V Pravin, 28 dan S.Letchumanan, 30, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Pengakuan tidak direkodkan daripada berikutan kes bunuh itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama dua lagi lelaki masih bebas didakwa membunuh M.Sanjeet Kumar, 30, di lorong belakang Jalan Telawi 3, Bangsar 12.01 tengah malam pada 13 Mac 2021.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Pravin and Letchumanan masing-masing diwakili peguam, Datuk Geethan Ram Vincent dan Lavinia Raja, manakala seorang lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian 13 Mac lalu, seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, di sini.

Semasa kejadian, mangsa yang terbunuh berusia 28 tahun dilaporkan sedang berjalan kaki bersama rakannya menuju ke tempat letak kereta selepas minum di sebuah restoran.

Ketika menuju ke kenderaannya, mangsa terjumpa dengan suspek yang dipercayai mempunyai dendam lama sebelum berlaku pertengkaran sehingga berlaku pergaduhan.

Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan serius dipercayai akibat ditoreh dengan senjata tajam, selain ditikam dengan botol minuman keras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI