fbpx

Lima penyu ditemui mati di perairan Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor daripada lima ekor penyu yang ditemui mati di perairan Pulau Perhentian, Besut sejak minggu lalu.

BESUT – Kes kematian penyu di Terengganu semakin membimbangkan apabila sebanyak lima ekor spesies haiwan terancam itu ditemui mati di sekitar Pulau Perhentian di sini dalam tempoh seminggu sejak Rabu lalu.

Pengurus projek pemuliharaan penyu, Perhentian Turtle Project, Shafiqah Othman berkata, ia melibatkan dua penyu jantan dewasa, penyu betina dewasa (dua) dan seekor anak penyu agar.

Menurutnya, kematian pertama dilaporkan melibatkan seekor penyu agar jantan dewasa pada 5 April lalu.

“Sebaik menerima laporan tersebut, kami terus bergegas ke lokasi kejadian di Pasir Acing di sini sebelum menanam bangkai haiwan reptilia berkenaan di kawasan itu.

“Kes kedua pula berlaku pada hari Sabtu lalu apabila seekor lagi penyu agar betina dijumpai dalam keadaan cangkerang yang sudah pecah namun masih hidup ketika itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Shafiqah berkata, penyu itu kemudiannya dibawa ke Pusat Taman Laut namun gagal diselamatkan ekoran kecederaannya terlalu parah.

Tambah beliau, sewaktu mahu menanam bangkai penyu tersebut pada keesokan harinya, pihaknya menerima satu lagi laporan penemuan bangkai penyu ketiga.

“Kematian keempat pula melibatkan penemuan bangkai seekor penyu agar juvenil di Teluk Pauh di sini pada kelmarin (Selasa lalu).

“Satu lagi bangkai penyu dewasa betina dijumpai di tengah laut pada semalam (kelmarin). Situasi ini sangat merisaukan kerana berlaku berturut-turut dalam tempoh singkat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI