fbpx

Liga Europa: Sevilla cari bekalan dari Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKITIC

SEVILLE – Walaupun memiliki rekod baik di pentas Eropah, Sevilla lebih selesa digelar sebagai pasukan bukan pilihan bagi menghadapi Manchester United di Old Trafford pada aksi pertama suku akhir Liga Europa, awal pagi esok.

Biarpun sedar kualiti yang dimiliki The Red Devils, pemain tengah Sevilla, Ivan Rakitic mahu memberikan perhatian kepada persiapan pasukannya sendiri bagi mendapatkan bekal terbaik sebelum hadapi aksi timbal balik di gelanggang sendiri, minggu depan.

“Di pentas Eropah kami berjaya bermain dengan baik, berbeza dengan hasil dalam liga domestik. Kami tahu sejarah Sevilla di pentas Eropah dan sekarang keyakinan kami makin meningkat untuk terus kekal berada dalam saingan.

“Perlawanan dengan Manchester United sentiasa sukar dan kami tahu mereka adalah pasukan pilihan. Namun, kami sudah terbiasa dengan United dan juga situasi bermain di tempat lawan pada perlawanan pertama.

“Kami perlu memikirkan tentang permainan sendiri dan bersiap sedia. Jadi, jika kami mampu dapatkan keputusan baik di tempat lawan, sudah pasti kami akan menjanjikan detik sukar buat mereka di tempat sendiri,” katanya.

Bagi pengendali Sevilla, Jose Luis Mendilibar, beliau mahu anak buahnya menumpukan perhatian daripada satu ke satu perlawanan tanpa memikirkan perkara yang masih lagi jauh dalam saingan kali ini.

“Saya tidak pernah melakukan hal berkaitan matematik. Kami perlu hadapi United dan saya tidak melihat terlalu jauh,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI