fbpx

Liga Europa: Eriksen idam aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu memanfaatkan aksi pertama di laman sendiri dengan mencari lebih banyak gol sebelum aksi kedua di Ramon Sanchez-Pizjuan. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen menggesa rakan sepasukan untuk meneruskan kemaraan menjelang aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Sevilla di Old Trafford awal pagi esok.

Selepas terlepas aksi final ­Piala Liga Inggeris (EFL) Februari lalu akibat kecederaan, pemain antarabangsa Denmark itu berharap dapat bermain di perlawanan akhir saingan Liga Europa.

Justeru, dia yang baru sahaja pulih daripada kecederaan panjang berharap rakan sepasukan dapat membantunya untuk merasai suasana beraksi di perlawanan akhir sebelum saingan musim ini berakhir.

“Saya beritahu kepada rakan sepasukan supaya teruskan ren­tak kemenangan kerana hanya itu cara untuk kami me­langkah lebih jauh dalam setiap pertan­dingan yang disertai pada musim ini.

“Jika mereka terus menang dalam setiap perlawanan, jadi ada peluang untuk saya bermain, mungkin sehingga ke perlawanan akhir. Sekarang saya sudah pulih, jadi inilah masa untuk kami terus beri tekanan,” katanya.

Sementara itu, Eriksen turut mendedahkan, dia tahu mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh panjang selepas penyerang Reading, Andy Carroll melakukan terjahan ke atasnya ketika ke­dua-dua pasukan bertemu ­Januari lalu.

“Memang saya sudah dapat rasakan sesuatu ketika menerima terjahan tersebut. Pada awalnya saya anggap ia kecederaan biasa, namun selepas melakukan imbasan, saya kecewa kerana dinasihatkan berehat panjang,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI