fbpx

Lelaki merajuk dengan ‘anney’ dapat ‘mini love’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki berkenaan sedang merajuk dengan pekerja mamak.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berjaya mengundang tawa orang ramai selepas rakaman video menunjukkan dia merajuk dengan seorang pekerja sebuah restoran tular di media sosial.

Bagaimanapun, video berdurasi 57 saat yang dikongsikan Mikhaawoo di TikTok miliknya itu tidak menjelaskan punca sebenar lelaki itu merajuk.

Namun, pekerja restoran berkenaan sanggup memujuk lelaki tersebut dengan kata-kata cinta seperti ‘I Love You’ dan membuat ‘mini love’.

Di kapsyen hantaran tersebut, menyatakan dia tidak merajuk dengan kekasih hatinya, tetapi memilih untuk merajuk dengan pekerja berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat Mikha dan pekerja terbabit.

“Risau aku tengok kau bang. Kau jangan bang, nanti ‘baiyaa’ tu suka dekat kau bang,” komen Si Kenot.

“Untunglah merajuk pun ada ‘anney’ pujuk, aku merajuk? Pujuk diri sendiri je tau,” luah Ain Najwa.

Video terbabit menjadi tular dengan komen sebanyak 3,586, 149,000 tanda suka dan 30,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI