fbpx

Lelaki jadi penumpang tunggal penerbangan Jet2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wilkinson bebas memilih tempat duduk dan dilayan bagaikan tetamu VIP. - Kennedy News and Media

BELFAST, IRELAND UTARA – Seorang lelaki berkongsi pengalaman menjadi satu-satunya penumpang yang menaiki penerbangan dari Portugal ke Ireland Utara pada 30 Mac lalu dan menerima layanan bagaikan tetamu VIP, lapor akhbar New York Post semalam.

Paul Wilkinson, 65, berkata, dia mula berasa aneh apabila tiada barisan penumpang yang menaiki pesawat milik syarikat penerbangan Jet2 itu di pintu pelepasan lapangan terbang.

Dia bertanya kepada kakitangan lapangan terbang sekiranya penerbangannya mengalami masalah, namun terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia merupakan penumpang tunggal bagi penerbangan tersebut.

“Saya sangkakan mereka cuba berjenaka. Saya juga sangkakan sama ada saya tiba awal atau terlalu lewat untuk menaiki penerbangan dan berfikir mungkin mereka telah  membatalkan penerbangan itu,” ujarnya.

Sangkaannya sama sekali meleset  apabila penerbangan itu tetap berlepas seperti dijadualkan dan Wilkinson digelar ‘Raja Paul’ oleh kru kabin sepanjang penerbangan.

Dia juga bebas memilih tempat duduk serta berpeluang bercakap dengan juruterbang sebelum pesawat mendarat di Belfast.

“Pesawat itu membawa pelancong ke Portugal dan tiada sesiapa yang kembali. Ia sememangnya hari bertuah saya kerana saya perlu pulang ke Belfast,” katanya.

Sejurus turun dari pesawat, Wilkinson dapat mengelak daripada perlu beratur panjang di kaunter imigresen dan boleh mengambil bagasinya dengan pantas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI