fbpx

Jenazah Koperal Mohammad Nasri tiba di P. Pinang 5 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota ATM ketika menguruskan jenazah Koperal Mohammad Nasri di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh tadi.

SEBERANG PERAI – Jenazah Koperal Mohammad Nasri Mohd. Nasib dijangka tiba di Masjid Pulau Mertajam, Penaga di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Jenazah yang siap dimandi dan dikafankan itu dibawa dengan van milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Semalam, media melaporkan Mohammad Nasri, 33, yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi bersama lima anggota lain di kawasan pedalaman Hutan Simpan Royal Belum, Gerik dijumpai meninggalkan dunia kira-kira pukul 10.15 pagi.

Mayat anggota dari Batalion ke-35 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang itu dijumpai dalam keadaan sempurna di dalam hutan dan berdekatan sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI