fbpx

Jakim akui situasi hilal Syawal 2022 sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui hanya satu syarat kriteria imkanur rukyah di Labuan yang dipenuhi ketika cerapan hilal Syawal tahun lepas.

Ia melibatkan jarak lengkung bulan dengan matahari ketika itu cuma lima darjah 28 minit berbanding syarat ditetapkan sejak 2021 iaitu mesti tidak kurang enam darjah 24 minit.

Sementara satu lagi syarat iaitu ketinggian anak bulan ketika matahari terbenam ialah lima darjah 27 minit memenuhi syarat yang diputuskan iaitu mestilah tidak kurang tiga darjah.

Walau bagaimanapun kenyataan agensi itu memaklumkan, hasil daripada data tersebut mendapati kedudukan hilal adalah kritikal atau 50/50 untuk dilihat dengan bezanya kecil.

“Secara teknikal, anak bulan tidak memenuhi syarat kriteria, namun tempoh cerapan agak lama iaitu 27 minit dan keadaan cuaca baik membantu peluang penampakan,” katanya.

Kenyataan Jakim itu merujuk laporan media mengenai tular dakwaan beberapa pakar falak mengatakan Hari Raya Puasa tahun lepas tidak sah kerana ada banyak isu.

Justeru, proses pencerapan hilal Syawal melibatkan 29 lokasi pada minggu depan bakal dilakukan amat ketat dengan jangkaan awal bahawa anak bulan cukup sukar untuk dilihat.

Langkah itu juga ekoran keghairahan segelintir umat Islam di negara ini yang ‘berkempen’ konon Aidilfitri bakal disambut sehari awal dan sekali lagi mengulangi insiden tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI