fbpx

Enam kontena penginapan pekerja buruh terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kontena tempat penginapan buat buruh binaan di Jalan Puchong Perdana 2, Taman Desa Millenium, di sini, yang hangus terbakar.

PUCHONG – Enam buah kontena yang dijadikan sebagai tempat penginapan buat buruh binaan di Jalan Puchong Perdana 2, Taman Desa Millenium, di sini, hangus terbakar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggila berhubung kejadian itu pada pukul 12.08 tengah malam tadi.

Katanya, seramai 10 anggota bersama 3 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dibantu BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan enam buah kontena yang dijadikan penginapan pekerja buruh binaan.

“Kesemua kontena tersebut musnah 100 peratus akibat daripada kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Morni, api kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.58 dan tiada mangsa terlibat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI