fbpx

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves, terbaik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRIS Pine (kiri) sebagai Edgin menghadirkan persembahan lakonan bersahaja, namun meninggalkan impak buat audiens dalam Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves.

JIKA ada filem di pawagam sekarang yang wajar diberi rekomendasi untuk tontonan, jawapannya ada pada sebuah filem fantasi aksi komedi ‘heist’ berjudul Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves.

Berkesempatan menonton filem arahan dua sutradara, Jonathan Goldstein dan John Francis Daley tersebut, hasilnya pulang ke rumah dengan rasa puas hati. Terbukti wang dilaburkan demi sekeping tiket, tidak sia-sia.

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves bukan sekadar filem fantasi biasa, namun diadun cermat dengan elemen seperti lelucon, aksi dan tidak kurang penuh mesej berguna buat penonton.

CHRIS Pine (tengah) memainkan peranan utama sebagai Edgin Darvis dengan bergaya.

Dari segi naratif, filem yang menelan belanja AS$150 juta tersebut digarap cemerlang.

Individu yang duduk di bangku pengarah berada di posisi tepat dalam memastikan permainan dan filem ‘popcorn’ tersebut menderaskan adrenalin dan menjentik keterujaan audiens. Itulah yang diterjemahkan menerusi Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves.

Sebelum ini, memang pernah diterbitkan beberapa filem Dungeons & Dragons (D&D), namun sepertinya tidak mencapai piawaian. Kali ini, tidak keterlaluan jika dikatakan, keadilan akhirnya diberikan buat D&D – memang cukup rencah segala segi.

Pelakon tahu ‘tugasan’

Chris Pine yang memainkan peranan utama bernama Edgin Darvis memang terbaik. Dia tahu untuk menghidupkan karakter komedi, aksi, emosi dan pelbagai elemen penting lain.

Pelakon-pelakon lain yang berada di sekeliling Chris juga tidak mengecewakan. Michelle Rodriguez sebagai Holga Kilgore misalnya adalah epitome seorang wanita berjiwa kental.

WATAK Holga Kilgore, seorang barbarian dijayakan aktres Michelle Rodriguez yang terkenal dengan sosok maskulinnya.

Dia tahu kehilangan isteri Edgin memberi dampak mendalam terhadap lelaki itu dan tanpa mengharapkan balasan, dia mengisi posisi ibu buat anak Edgin, Kira (lakonan aktres muda Chloe Coleman).

Watak kegemaran penulis secara peribadi adalah Daisy Head sebagai Sofina. Sofina seorang ahli sihir ulung dalam galaksi atau universe D&D.

Melihat dia menggunakan sihirnya adalah antara perkara yang memaku perhatian audiens. Visual yang dipamerkan dengan bantuan efek janaan komputer (CGI) memang bukan kepalang.

Terlanjur menyentuh soal CGI, elemen teknikal berkenaan antara yang menjadikan Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves sangat istimewa di mata audiens.

WATAK ahli sihir paling ulung bernama Sofina diterjemah aktres Inggeris, Daisy Head dengan cukup cemerlang.

Mengapa? Alasan atau jawapan tersebut perlu digali sendiri dengan hadir ke panggung wayang berdekatan.

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves kini merupakan filem terlaris bukan sahaja dalam carta filem global, bahkan sambutan di Malaysia bukan biasa-biasa.

Jika John Wick: Chapter 4 berada di kedudukan nombor satu, Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves tidak kurang hebatnya bergaya duduk di posisi kedua, sekali gus menjadi pilihan ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI