fbpx

Cuaca buruk di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor.

“Kedah antaranya di Kubang Pasu dan Yan, Pulau Pinang di Seberang Perai utara, tengah dan selatan, Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama.

“Selangor pula di Sepang, Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala Johor di Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI