fbpx

Bekalan makanan mencukupi di Perak menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kiri) ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Riang Ria Raya Jabatan Pertanian Negeri Perak 2023 di padang Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak memberi jaminan bekalan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, trend semasa pengeluaran tanaman makan utama sayuran dan buah-buahan, bekalan di Perak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat semasa Ramadan dan Aidilfitri minggu hadapan.

“Setakat ini, negeri Perak tidak mengalami sebarang ketidakcukupan tanaman makanan utama seperti sayuran dan buah-buahan ketika Ramadan.

“Bahkan, pengeluaran tanaman tembikai, cili dan sayur berdaun yang menjadi tumpuan ketika Ramadan meningkat sehingga suku pertama 2023,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Riang Ria Raya Jabatan Pertanian Negeri Perak 2023, di padang Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan ,di sini hari ini.

Menurut Saarani, kenaikan harga sayur ketika ini adalah disebabkan kebanyakan sayur dan buah di Perak telah dihantar ke negeri lain seperti Johor yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda.

Katanya, satus trend pengeluaran tanaman makanan utama Perak menunjukkan peningkatan untuk komoditi sayur-sayuran iaitu 7,354 hektar keluasan bertanam dengan jumlah pengeluaran sebanyak 134,877 metrik tan pada 2022.

“Ia lebih tinggi berbanding 2021 iaitu sebanyak 7,190 hektar keluasan bertanam dan jumlah pengeluaran sebanyak 125,308 metrik tan. Bagi komoditi buah-buahan juga memperlihatkan peningkatan keluasan bertanam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI