fbpx

Angkara jam tangan Rolex, warga emas rugi lebih setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIBU – Seorang wanita warga emas kerugian lebih setengah juta akibat terpedaya dengan sindiket menjual jam tangan mewah jenama Rolex secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, segalanya berlaku apabila suri rumah berusia dalam lingkungan 60-an itu tertarik dengan tawaran di aplikasi WeChat, yang menawarkan empat utas jam Rolex pada harga hanya RM526,400.

Jelasnya, mangsa kemudian berhubung dengan suspek pada awal Februari lalu untuk urusan pembelian jam tangan berkenaan.

“Mangsa telah membuat sembilan transaksi pembayaran ke satu akaun bank tempatan bermula pada 15 hingga 27 Februari 2023.

“Bagaimanapun sehingga sekarang mangsa masih tidak menerima jam tangan yang dibeli dan suspek gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu kemudian tampil membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada 14 Mac 2023 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pembelian dalam talian terutama dengan tawaran harga yang murah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM.

“Semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui juga boleh disemak melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI