fbpx

855 tangki statik atasi gangguan bekalan air ketika Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUL Zaini (berdiri depan, lima dari kiri) bersama anak yatim yang diraikan sempena majlis berbuka puasa dan penyampai sumbangan Paip di Kuantan semalam.

KUANTAN – Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) akan menyediakan sebanyak 855 tangki statik bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Paip, Datuk Saiful Zaini Mohd. Bokhari berkata, kesemua tangki statik itu akan ditempatkan di beberapa lokasi yang dikenal pasti sering berlaku masalah tekanan air rendah ketika musim perayaan.

Katanya, selain proses penempatan tangki statik pihaknya juga sedia menggerakkan 34 lori tangki air untuk mengagihkan bekalan air alternatif ke kawasan terjejas bekalan.

“Di setiap daerah kami sudah menyediakan pelan kontigensi sebagai langkah awal kemungkinan berlaku masalah gangguan bekalan air.

“Memang kita jangkakan (gangguan bekalan air) berlaku kerana setiap kali musim perayaan, permintaan dan penggunaan akan meningkat,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim anjuran Paip di sini, semalam.

Menurut Saiful Zaini, pihak Paip juga akan mengaktifkan pelan kesiapsiagaan bermula 17 hingga 30 April ini.

“Bukanlah bermakna cuti mereka dibekukan tetapi memang ada yang bersedia untuk menjalankan tugas jika laporan (gangguan bekalan air) diterima,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI