fbpx

40 individu didakwa ceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 40 tertuduh yang didakwa menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik pada Januari lalu.

BALING – Seramai 40 individu termasuk 35 warga asing dari China, Nepal dan Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, dekat sini antara Januari hingga Februari lalu.

Dua warga tempatan iaitu Ho Chung Meng, 54, dan Poh Chu Yuan, 21, masing-masing mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Sementara tiga lagi warga tempatan termasuk seorang wanita iaitu Wong Siew Lin, 58; Tai Chan Weng, 56, dan Wong Hing Nam, 59, pula tidak direkodkan sebarang pengakuan kerana tidak memahami bahasa Melayu.

Pengakuan juga tidak direkodkan terhadap dua lelaki dari China, dua lelaki Nepal serta 31 lelaki warga Myanmar berusia antara 18 hingga 50 tahun disebabkan masalah sama.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didapati memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal iaitu Borang 6, antara pukul 9 malam, 31 Januari hingga 3 pagi, 1 Februari lalu.

Kesemua tertuduh melakukan kesalahan di bawah subseksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] yang diterima pakai oleh Negeri Kedah di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 dan boleh dihukum bawah subseksyen 47 (4) Enakmen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Wan Hazlin Suraya Wan Sharif; Noor Husnita Mohd. Radzi dan Naliatul Huzaimi Ab. Rasip, manakala tujuh daripada tertuduh diwakili peguam Lee Keng Fatt. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI