fbpx

[VIDEO] Tiga maut, seorang parah motosikal rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang mangsa yang terlibat kemalangan di Tanjung Musang, Alor Setar dekat Kedah pada malam semalam.

ALOR SETAR – Tiga penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh belakang sebuah lori di Tanjung Musang, di sini malam semalam.

Mangsa yang meninggal dunia ialah lelaki berusia 19, 21 dan 23 tahun sementara yang parah berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 10.50 malam semalam.

Katanya, kejadian melibatkan empat buah motosikal dengan sebuah lori yang bergerak dari arah sama iaitu dari Alor Setar menghala Jabi.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas lori tersebut bergerak dari sebuah stesen minyak ke laluan utama setelah selesai mengisi minyak.

“Kemudian ketika lori itu berada pada jarak kira-kira 40 meter dari simpang keluar stesen minyak dan bergerak terus di lorong kiri, kenderaan berat tersebut secara tiba-tiba dirempuh empat motosikal pada bahagian belakang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, akibat perlanggaran itu, tiga penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan dibawa dan Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI