fbpx

Tiada bonus raya, Kerajaan Sarawak rancang beri hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari (duduk depan, tengah) bersama-sama tetamu kehormat lain bergambar dengan para penerima cek pampasan bagi Projek Pelan Induk Isthmus Mini Gedong di Dewan Masyarakat Gedong dekat Sarawak hari ini.

GEDONG – Kerajaan Sarawak memutuskan tidak memberi bonus kepada penjawat awam negeri pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia kerana, memberi bonus pada Hari Raya Aidilfitri sahaja seakan-akan tidak adil kepada perayaan-perayaan lain seperti Hari Gawai dan Tahun Baharu Cina.

“Saya rasa kita banyak perayaan dan kita sambut Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Gawai dan saya rasa kita mesti adil kepada semua perayaan.

“Sebab itu Kerajaan Sarawak memutuskan tidak memberi bonus pada waktu perayaan, jadi pandai-pandailah kita berbelanja,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek Pampasan Bagi Projek Pelan Induk Isthmus Mini Gedong di Dewan Masyarakat Gedong, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak merancang memberi bonus pada hujung tahun kerana ia boleh digunakan untuk persekolahan anak-anak.

Beliau menegaskan perbelanjaan untuk persekolahan adalah lebih penting berbanding perayaan.

“Bagi sayalah, anak sekolah lebih penting daripada raya. Jadi saya lihat kalau rezeki lebih, biarlah saya beri hujung tahun dan ini adil untuk semua masyarakat dan dapat membantu ibu bapa dari segi perbelanjaan sekolah,” katanya.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata merancang untuk memberi bonus sekurang-kurangnya RM700 kepada penjawat awam negeri pada hujung tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI