fbpx

Tak sedia jadi datuk, Pasha larang anak kahwin awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASHA dan anak sulungnya, Keisha Alvaro yang kini sudah berusia 18 tahun.

VOKALIS Ungu, Pasha tidak mahu anak lelakinya, Keisya Alvaro yang kini berusia 18 tahun menamatkan zaman bujang pada usia muda.

Alasan Pasha, 43, dia belum bersedia untuk menimang cucu dan menganggap dirinya terlalu muda untuk bergelar seorang datuk.

“Ya jangan (berkahwin) awal. Saya beritahu dia jangan cepat-cepat bagi saya cucu kerana saya masih muda,” ujarnya.

Meski sudah memasuki alam dewasa dan mempunyai pekerjaan sendiri, Pasha menilai perjalanan hidup anaknya itu masih panjang.

Pasha meminta Keisya untuk memberi perhatian terhadap kerjaya terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Dalam pada itu, Pasha memuji sikap anaknya yang tidak pernah berselindung soal kehidupan peribadi.

Bagaimanapun kata Pasha, sebagai orang tua dia tidak boleh terlalu mengawal anaknya untuk berkawan dengan mana-mana wanita.

“Dia anak yang terbuka dan selalu bercerita tentang kehidupannya kepada saya dan ibunya.

“Dia sudah besar, jadi sebagai bapa saya tidak terlalu kawal dengan siapa dia berkawan.

“Saya hanya beri nasihat dan tidak terlalu mencampuri urusan mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI