fbpx

Proton buka tempahan untuk X90

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi Proton X90 yang sedang dibuka kepada umum untuk membuat tempahan di semua outlet syarikat.

PETALING JAYA – Proton telah membuka tempahan untuk mo­del kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu syarikat iaitu X90 di kesemua pusat 3S dan 4S Proton di seluruh negara bermula Sabtu lalu.

Proton dalam satu kenya­taan semalam berkata, sebanyak empat varian ditawarkan iaitu standard untuk varian asas, di­ikuti dengan executive, premium dan varian tertinggi, flagship.

Tiga varian awal didatangkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, hanya varian flagship yang didatangkan dengan enam tempat duduk.

Kesemua varian menggunakan enjin 1.5 TGDi yang dipadankan dengan motor elektrik 48V serta direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan karbon, me­ningkatkan prestasi serta memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar.

Menurut Proton, X90 dida­tangkan dengan tiga ciri ke­selamatan baharu iaitu amaran perlanggaran belakang; amaran trafik palang belakang bagi mengesan kenderaan yang menghampiri semasa mengundur dan maklumat papan tanda lalu lintas.

“Sesi pratonton diadakan di enam bandar bermula pada 8 April lalu melalui jemputan sahaja dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Profesional Jualan di outlet 3S/4S Proton bagi menghadiri sesi bermula pukul 1 hingga 2 petang.

“Ia bakal diadakan di Johor dan Pahang pada 15 serta 16 April ini sebelum ke Sabah dan Sarawak pada 29 dan 30 April,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI