fbpx

Produk KOSE Sekkisei mesra laut, selamatkan terumbu karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kosuke Tsuchiya (empat dari kanan) pada majlis pelancaran produk baharu KOSE di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – KOSE Sekkisei, jenama popular dalam produk penjagaan kecantikan dari Jepun kini aktif menjalankan program untuk mening­katkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar terdorong ke arah mesra laut dan ­menyelamatkan terumbu karang yang semakin terancam.

Pengarah Urusan KOSE Malaysia Sdn. Bhd., Kosuke Tsuchiya berkata, projek tersebut telah bermula di Jepun sejak 10 tahun lalu dan juga di beberapa negara lain seterusnya membawa kempen tersebut di Malaysia.

Menurut beliau, inisiatif syarikat dalam projek yang bertujuan untuk menjaga alam sekitar dan mesra laut ini telah direalisasikan dengan pengenalan produk pelindung matahari baharu iaitu Sekkisei Clear Wellness.

“Produk ini bersesuaian untuk semua jenis kulit dan kami mahu memfokuskan kepada pelanggan muslim kerana ia tidak memiliki alkohol dan sangat lembut pada kulit selain dihasilkan daripada bahan mentah seperti ekstrak Mallow iaitu herba masakan popular di wilayah Meditterranean,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu tersebut di sini baru-baru ini.

Tsuchiya menjelaskan, produk Sekkisei dihasilkan da­ripada ekstrak Haskap yang dihasilkan daripada buah Haskap yang mengandungi vitamin C dan B Karotena.

Ramuan asli Itowa yang mengandungi ekstrak daun alpinia speciosa, ekstrak peony, jus mengkudu dan squalene mencukupkan lagi khasiat di dalamnya.

Tambah beliau, produk itu diperkenalkan dalam empat segmen iaitu Sekkisei Clear Wellness UV Suncreen Essence Gel, UV Sunscreen Essence Milk, UV Sunscreen Tone Up dan UV Sunscreen Mild Milk. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI