fbpx

Polis sahkan koperal hilang di Royal Belum meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kehilangan anggota tentera berpangkat koperal di Hutan Simpan Royal Belum, Gerik sejak Jumaat lalu terjawab apabila mayatnya ditemui hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mayat anggota tentera berusia 33 tahun itu dijumpai pada pukul 10.15 pagi.

“Sudah jumpa (mangsa), mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang anggota tentera daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang dilaporkan hilang ketika melakukan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Royal Belum.

Kehilangan mangsa disedari selepas dia bersama lima rakan setugas sedang menjalankan operasi di kawasan penugasan pada pukul 5 petang, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI