fbpx

Pengampunan Najib, biar Agong buat keputusan- Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (tengah) pada Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Malaysia-Sulucase.gov.my di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan menyerahkan sepenuhnya isu permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pertimbangan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya juga tidak akan terlibat dalam urusan berkenaan.

“Kita (kerajaan) pun tidak boleh nak paksa-paksa (sesiapa), biarlah Seri Paduka Baginda sendiri yang buat keputusan atau kaji balik perkara tersebut,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, kuasa pengampunan istimewa tersebut bukan pelik dan ia memang terletak di bawah peruntukan Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri dan sekarang beliau (Najib) sudah tiada lagi apa-apa isu prosedur perundangan untuk perbicaraan kes tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI