fbpx

Pendedahan nahas Sabah Air dibuat secara terbuka, telus – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika bergambar bersama Polis Bantuan Prasarana pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Pengangkutan Bersama Warga Rapid Rail di sini sebentar tadi

SUBANG JAYA – Pendedahan berhubung laporan akhir siasatan kemalangan udara Sabah Air 47 tahun lalu dibuat secara terbuka serta telus berdasarkan kandungan laporan yang diterima oleh Kementerian Penangkutan (MOF).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya hanya melaporkan isi kandungan yang diperoleh dan tidak menambah sebarang fakta dalam laporan tersebut.

Katanya, ini tidak adil baginya mebuat ulasan berhubung laporan berkenaan kerana ia adalah laporan yang sudah lama.

“Kita hanya laporkan apa yang terkandung dalam laporan itu, jadi saya tak mahu tokok tambah apa-apa sebab kita ambil pendekatan secara telus.

“Apa yang ada dalam laporan itu, kita buat secara terbuka jadi laporan itu juga tak adil untuk saya berikan komen kerana itu laporan 47 tahun lalu, tak pernah didedahkan sehingga hari ini kita dedah secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Rapid Rail di sini malam ini.

Anthony Loke menjelaskan, pendedahan tersebut hanya bagi memperingati kejadian tersebut terutama kepada rakyat sabah dan keluarga mangsa yang terlibat.

Dalam majlis sama, Anthony Loke menjelaskan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyasarkan sejuta kilometer (km) bagi laporan indeks prestasi utama (KPI) dalam menaik taraf mutu perkidmatan tren mereka.

Jelasnya, sasaran itu akan membabitkan semua laluan melibatkan perkhidmatan tren dibawah agensi berkenaan menjelang suku ketiga tahun 2026.

“KPI itu adalah pendekatan untuk menilai sejauh mana tren itu stabil daripada perkhidmatan iaitu kita menilai berapa jauh tren itu berjalan sehingga satu kerosakan berlaku.

“Itu sebabnya sasaran yang akan diletakkan oleh Prasarana ialah sejuta km iaitu kerosakan teknikal hanya berlaku selepas sejuta km perjalanan tren berkenaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI