fbpx

Nad Zainal penat dituduh sombong, ‘mungkin silap sendiri muka ketat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL hanya mahu 'move on' dan penat memikirkan tohmahan orang terhadap dirinya dan suami.

PETALING JAYA – Dikecam dan dikutuk sombong ketika menjayakan sebuah acara jualan sehingga tular dalam media sosial, Nad Zainal percaya isu salah tanggapan segelintir pihak tersebut mungkin berpunca daripada khilaf sendiri.

Katanya, situasi tersebut mungkin mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan individu yang tidak sempat diberikan layanan secara adil sepanjang berada di lokasi acara.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun mengakui, sudah melayani semua peminat sama rata malah tiada sekatan untuk pengunjung mengambil gambar bersamanya sepanjang berada di tapak festival tersebut.

“Hal sombong-sombong ini saya dah tak mahu fikir lagi. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain.

“Sebab masa dalam acara itu mood saya sangat gembira, tiada masalah. Ada saja yang kata saya okey, ada yang kata tidak. Jadi pada saya semua orang mempunyai penerimaan berbeza.

“Kadang-kadang mungkin silap saya juga nampak muka saya ketat ke apa, jadi buat orang salah faham.

“Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberikan layanan sama rata kepada semua orang,” katanya pada sesi siaran langsung menerusi TikTok.

Enggan terlalu memikirkan kutukan ramai dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, isteri kepada aktor Ungku Ismail Aziz itu berharap tiada lagi tanggapan sebegitu dilemparkan kepadanya.

“Ya, Allah janganlah bagi orang kata aku sombong lagi. Aku rasa bibir aku dah keras senyum hari itu. Tapi tak mengapa, kita lupakan. ‘Move forward’.

“Apa yang saya tahu saya jumpa orang (saya) selfie, saya gembira. Saya sudah penat,” luah pelakon berusia 32 tahun itu lagi.

Terdahulu, pelakon Cina Buta dan suaminya tampil sebagai selebriti jemputan dk sebuah festival bersempena Syawal di Putrajaya, baru-baru ini.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu itu didakwa ‘kekwat’ atau sombong apabila tidak senyum atau membalas sapaan peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI