fbpx

Mahkamah: Nasib peniaga bunuh ibu tunggal diketahui 16 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nur Hussein (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Nasib seorang peniaga sama ada dibebaskan atau didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang ibu tunggal enam tahun lalu, akan diketahui pada Jun hadapan.

Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet sepatutnya membacakan keputusan di akhir kes pembelaan dalam prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, bagaimanapun pihak pembelaan memohon tarikh baharu untuk hukuman tersebut dibacakan berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 telah diluluskan Dewan Negara, semalam.

Permohonan itu kemudian dibenarkan mahkamah dan menetapkan 16 Jun depan bagi membacakan keputusan kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Nur Hussein Mohd. Salleh, 40, didakwa membunuh Hamidah Abdul Rahman, 53, di sebuah rumah di Persiaran Wira Jaya Timur 38, Taman Dato Lew Yan Sip, Ipoh pada pukul 12.01 tengah malam hingga 5 pagi pada 13 Mac 2017.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan tertiarap, dipercayai dibunuh, dalam bilik tidur rumahnya di Taman Dato Lew Yan Sip, Ampang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI