fbpx

Laporan tidak tepat kes tuntutan Sulu ancam kedaulatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (tengah) ketika melancarkan Laman Web Rasmi Malaysia-Sulucase.gov.my di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Pelancaran laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my membuktikan usaha serius kerajaan menangkis pelbagai fakta salah kes tuntutan waris Sultan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, laporan tidak benar itu juga memburukkan imej Malaysia.

“Justeru, laman rasmi ini akan menyanggah laporan tidak benar, putar belit tafsiran sejarah dan tohmahan mereka agar diketahui oleh masyarakat dunia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my di sini tadi.

Portal itu juga mendapat kerjasama Kementerian Luar serta Kementerian Komunikasi dan Digital dalam usaha ‘perang saraf’ Malaysia secara lebih agresif berbanding sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, terdapat kaitan salah seorang penuntut itu yang telah diklasifikasi sebagai pengganas dan terlibat pencerobohan berdarah Sabah pada 2013.

“Pada masa sama, kerajaan membentuk Sekretariat Khas yang akan mengambil tindakan melalui media dan hubungan diplomatik untuk menangkis tohmahan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI