fbpx

Kulit telur bernilai tinggi, dijual RM210 untuk 10 kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kulit telur yang dikongsikan oleh Khairul. Kulit telur yang diasingkan boleh dijual semula dengan harga yang tinggi.

PETALING JAYA – Seorang individu meluahkan rasa terkejut dan teruja apabila mengetahui kulit telur sebenarnya boleh dijual dengan harga yang tinggi.

Menurut perkongsian di Twitter milik Khairul, lelaki itu mengakui sepanjang 26 tahun hidup, dia baru mengetahui tentang kulit telur yang sebenarnya sangat bernilai.

“Kulit telur yang sudah diasingkan sebenarnya boleh dijual, harganya pun sangat tinggi!,” katanya.

Tambahnya lagi, banyak syarikat-syarikat besar yang mahu membeli kulit telur yang sudah diasingkan kerana banyak kegunaan.

Lebih mengejutkan, harga kulit telur boleh mencecah sehingga RM210 untuk 10 kotak.

Dia turut menggalakkan orang ramai untuk menyimpan kulit telur selepas ini bagi menambah pendapatan sampingan.

Perkongsian itu menjadi tular di Twitter sehingga mencecah 6,143 tanda suka, 3,233 ulang ciap dan 507,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI