fbpx

[KEMASKINI] Koperal Mohammad ikut jejak arwah bapa jadi tentera – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzilah menahan sebak ketika ditemui di kediamannya di Pulau Mertajam hari ini. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Ibu Koperal Mohammad Nasri Mohd. Nasib mengatakan yang anak tunggalnya itu mahu mengikut jejak arwah suaminya yang berkhidmat sebagai anggota tentera.

Fadzilah Abu Bakar,, 56, berkata, arwah Mohammad Nasri sudah berkhidmat selama 12 tahun dan sudah biasa menyertai operasi keluar dan masuk hutan.

“Anak baru menghubungi saya Jumaat lalu namun tidak ada sebarang perubahan yang ditunjukkan sepanjang perbualan kami.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya ( Koperal Mohammad) pada Disember tahun lalu. Dia memang mahu ikut jejak langkah arwah ayahnya yang juga pernah berkhidmat sebagai anggota tentera,” atanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Mertajam, Penaga sebentar tadi.

Dalam pada itu katanya lagi, mereka sekeluarga tidak pernah merancang untuk menyambut Hari Raya bersama pada tahun ini disebabkan tugasan yang perlu dipikul arwah.

“Saya sudah biasa dengan rutin tugasnya malah kami tidak pernah ada pelan untuk berhari raya, sebaliknya jika dia mendapat cuti, kami akan meraikannya bersama-sama nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Mertajam, Penaga sebentar tadi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di rumah keluarga mangsa mendapati, ahli keluarga termasuk sanak-saudara dan jiran tetangga mula mengunjungi kediaman mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI