fbpx

Farid tarik balik dakwaan wujud pihak ketiga, mohon maaf pada Diana, mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID KAMIL nenarik balik dakwaan wujudnya orang ketiga dalam hubungan bersama Diana. Dia juga meminta ,aaf kepada isteri dam ibu mentuanya atas keterlanjuran kata semasa membuat kenyataan media semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Farid Kamil memohon maaf dan menarik semula dakwaan berhubung dakwaan kewujudan pihak ketiga dalam krisis rumah tangganya bersama, Diana Danielle sebagaimana didedahkan kepada umum sebelum ini.

Bukan sahaja terhadap Diana, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari juga memohon maaf daripada ibu mentuanya, Norsiah Ramli atas keterlanjuran kata-katanya semalam tentang wanita itu pernah dihalau anak sendiri pada 2019.

“Saya menarik balik kenyataan mengenai soalan wartawan berkaitan pihak ketiga.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli di atas kenyataan saya semalam.

“Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” coretnya menerusi satu muat naik dalam Instastory.

Tanpa memperincikan butiran sehingga mendorongnya berbuat demikian, Farid seperti benar-benar mengharapkan kemaafan daripada isteri dan mentuanya itu.

Semalam, demi menyelamatkan perkahwinan dengan isteri tersayang Diana, Farid, 42, membuat kejutan terbaharu menawarkan hadiah berjumlah hampir RM400,000 sebagai jalan perdamaian.

Ketika ditemui media, Farid juga meninggalkan pesanan buat pelakon filem Imaginur itu agar bertaubat sebelum terlambat.

Farid yang bakal muncul dengan filem Anwar, The Untold Story itu turut mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan ibu mentua, Norsiah yang kini sudah berbaik semula dengan Diana pernah dihalau keluar Diana pada tahun 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI