fbpx

EPL: ‘Jualan hebat’ musim panas Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARIER Maguire bersama United berada dalam keadaan ketidaktentuan apabila disebut-sebut bakal dijual pada musim panas nanti. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dilaporkan bersedia ‘melelong’ 13 pemainnya dalam jendela perpindahan yang akan kembali dibuka Jun depan bagi meneruskan revolusinya bersama pasukan itu.

Walaupun dikritik hebat, tetapi Ten Hag, 53, cemerlang menjalankan tugasnya pada musim pertamanya di Old Trafford apabila menjuarai Piala Liga England selain masih bersaing dalam Piala FA dan Liga Europa.

The Red Devils juga dilihat berpeluang cerah untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam kelompok empat ter­atas dalam baki lapan perlawanan sekali gus mengesahkan tiket ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Begitupun, bekas pengendali Ajax itu tiada pilihan selain perlu menjual ramai pemain sedia ada untuk mendapatkan muka-muka baharu selepas membelanjakan lebih £213 juta (RM1.16 bilion) dalam musim ini.

Menurut Mail Online, dua nama hampir pasti bakal dilepaskan iaitu pemain sayap, Anthony Elanga dan Eric Bailly yang kini beraksi secara pinjaman di Pe­rancis bersama kelab Ligue 1, Marseille.

Masa depan beberapa pemain lain juga masih tidak mempunyai jaminan termasuk kapten, Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Donny Van De Beek, Anthony Martial, Alex Telles dan Brandon Williams.

Bintang muda Uruguay, Facundo Pellistri juga bakal dilepaskan secara pinjaman bagi memberi ruang kepada Amad ­Diallo mendapat minit permainan bersama United selepas beraksi cemerlang bersama kelab pinjamannya, Sunderland.

Difahamkan, khidmat tiga pemain pinjaman United iaitu penyerang, Wout Weghorst dari Burnley, pemain tengah Marcel Sabitzer dari Bayern Munich dan penjaga gol, Jack Butland yang dipinjam dari Crystal ­Palace berkemungkinan besar tidak diteruskan lagi musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI