fbpx

Demi anak, Aura Kasih enggan seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AURA KASIH

PELAKON dan penyanyi popular Indonesia, Aura Kasih tidak akan menerima tawaran drama berunsur seks yang memerlukan dirinya berpakaian seksi.

Aura, 35, yang merupakan ibu tunggal selepas bercerai dengan Eryck Amaral dua tahun lalu berkata, dia membuat keputusan tersebut demi anaknya yang masih kecil.

“Saya memilih tawaran juga, buat masa ini saya tidak akan ambil tawaran drama yang memerlukan saya berpakaian seksi.

“Saya harus hati-hati dengan media sosial kerana saya ada anak kecil. Saya lebih memilih pekerjaan yang tidak menyimpang,” ujarnya.

Selain menolak imej seksi, dia juga terpaksa menolak tawaran drama dan filem yang memerlukan tempoh penggambaran yang panjang.

Jelas Aura, dia tidak kisah apa juga pekerjaan yang dilakukannya asalkan ada masa bersama anak.

“Bagi saya yang penting masa bersama anak. Misalnya jika saya dapat tawaran sinetron atau filem yang panjang saya akan menolak.

“Duit boleh dicari dengan apa juga cara, bagi saya masa bersama anak itu perlu diutamakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI