fbpx

Cucur premium versi udang harimau gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIFFIAN menunjukkan cucur udang harimau bersaiz besar yang dijual di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban semalam. – MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Cucur udang harimau bersaiz besar yang dijual seorang peniaga, ­Ariffian Ariffin, 45, mendapat permintaan tinggi da­ripada pelanggan dengan lebih 100 keping terjual setiap hari.

“Ini mungkin disebabkan cucur udang harimau yang dihasilkan ini boleh dianggap premium kerana menggunakan udang bersaiz besar, namun dijual pada harga mampu milik.

“Setiap tiga keping cucur udang ini dijual pada harga promosi RM10.

“Saya masak panas-panas di sini sebelum dijual kepada pelanggan bagi membo­lehkan mereka menikmati aromanya.

“Cucur udang harimau ini boleh dimakan dengan kuah kacang atau sos cili terpulang kepada selera ma­sing-masing,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini semalam.

Menurut ­Ariffian, tahun ini merupakan tahun kedua beliau meniaga di bazar Ra­madan tersebut dan tidak menyangka sam­butan yang diterima amat baik seperti tahun sebelumnya.

“Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai rezeki Ramadan walapun pada mulanya ada juga pelanggan takut hendak membeli kerana risau tentang harganya,” kata Ariffian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI