fbpx

Budak enam tahun cedera diserang kera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maryam (kiri) melihat kecederaan cucunya, Nur Azharina Batrisya yang diserang kera di rumah mereka di Kampung Sadang, Pasir Gajah, Kemaman dekat Terengganu hari ini.

KEMAMAN – Seorang budak perempuan berusia enam tahun cedera pada bahagian tangan, kaki dan perut akibat diserang seekor kera di rumah neneknya di Kampung Sadang, Pasir Gajah di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nur Azharina Batrisya Azahari, yang merupakan murid Pra Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah di sini bersama neneknya, Maryam Salleh, 68, di rumah.

Menceritakan detik cemasnya, Maryam berkata, seekor kera tiba-tiba memasuki rumahnya sebelum bertindak agresif menyerang dan menggigit anggota badan cucunya yang berseorangan di ruang tamu.

“Saya yang ketika itu berada di dapur dikejutkan dengan raungan cucu (Nur Azharina Batrisya) yang berlumuran darah.

“Saya segera menghalau kera itu dengan penyapu sebelum haiwan tersebut melarikan diri,” katanya di Kampung Sadang, Pasir Gajah di sini hari ini.

Maryam berkata, dia kemudiannya bergegas menghantar cucunya ke klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Dia berkata, insiden tersebut menyebabkan Nur Azharina Batrisya yang merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik trauma dan takut untuk tinggal bersendirian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI