fbpx

Baru kahwin, Lee Da-in sudah hamil?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE Da-in dan Lee Seung-gi berkahwin pada 8 April lalu.

MESKIPUN baru beberapa hari mendirikan rumah tangga dengan Lee Seung-gi pada 8 April, khabar angin tentang kehamilan Lee Da-in sudah mula bertebaran.

Tidak berdiam diri, agensi pelakon wanita itu, 9Ato Entertainment segera menafikan khabar angin yang tersebar mengenai kehamilan Da-in.

“Khabar angin kehamilan Lee Da-in yang mula tersebar dalam media sosial sejurus selepas perkahwinannya dengan Lee Seung-gi adalah tidak berasas,” kata wakil pihak 9Ato Entertainment.

Bagaimanapun terdapat bukti-bukti yang menguatkan lagi penyebaran khabar angin tersebut.

“Satu bukti yang dikemukakan oleh pelakon Lee Yoo-bi yang juga kakak Da-in memuat naik gambar perkahwinan adiknya dengan menyertakan emoji bayi.

“Ramai netizen perasan bahawa aktres itu memakai kasut flat semasa majlis perkahwinannya, gaun berbentuk lebar dan sentiasa menutup bahagian perut dengan sejambak bunga besar.

“Lebih menguatkan khabar angin tersebut apabila pasangan itu tidak akan pergi berbulan madu untuk memberi tumpuan kepada kerjaya,” ujar agensi.

Da-in dan Seung-gi mula bercinta sejak 2020, namun hubungan mereka hanya diketahui umum sejak Mei 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI