PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi kegembiraannya menyambut kelahiran cucunya yang ke-12 hari ini.
Perkara itu dikongsi oleh Anwar melalui hantaran di Facebooknya tadi.
“Alhamdulillah! Hadiah Ramadhan. Nurul Isra Mitsuki, anakanda Ilham dan Luqman Watanabe.
“Cucunda saya dan Azizah yang ke-12. Bertambah meriah raya kali ini,” katanya.
Cucu ke-12 Ahli Parlimen Tambun itu merupakan anak keempat Nurul Ilham, yang juga anak keempat kepada Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. – KOSMO! ONLINE.