fbpx

Anak tertidur, keluarga terpaksa ‘goncang’ kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan anggota Bomba turut terlibat untuk membantu menyedarkan kanak-kanak terbabit yang tertidur di dalam kereta.

PETALING JAYA – Orang ramai dikejutkan dengan insiden sebuah keluarga yang terpaksa ‘menggoyang-goyangkan’ sebuah kereta jenis Proton Exora dalam keadaan berkunci.

Tindakan spontan itu adalah bagi mengejutkan seorang kanak-kanak yang sedang tertidur di dalam kenderaan tersebut.

Menerusi klip video dimuatnaik di akaun TikTok @Fsk.spyke yang berdurasi 36 saat itu memaparkan detik-detik cemas keluarga berkenaan menggoyang-goyangkan kenderaan berkenaan sambil diperhatikan oleh beberapa orang awam.

“Mak tinggal tak sampai 10 minit,anak dah tido sampai terlena. Goncang kereta pun tak heran sebab dah sedap tidur. Sekian lama akhirnya bomba datang untuk membantu, Alhamdulillah,” kongsi @Fsk.spyke menerusi kapsyen video berkenaan.

Difahamkan, kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan itu akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota bomba.

Menjengah ke ruangan komen, ramai orang meluahkan rasa kebimbangan terhadap situasi yang dihadapi keluarga tersebut.

“Kenapa jadi macam kebiasaan kes orang tinggal anak dalam kereta eh, memang dah musim ke,” seloroh Amus.

“Sebab tu lah kalau boleh jangan tinggal anak dalam kereta, nasib baik tak lemas,” komen Mak Yeng.

Walau bagaimanapun, pemilik akaun berkata, ibu bapa tersebut meninggalkan anak mereka atas alasan permintaan anaknya sendiri yang ingin duduk di dalam kereta.

“Kelalaian macam ni dah banyak kali berlaku, apa-apa pun jangan tinggal lah kalau taknak jadi apa-apa,” nasihat Hayati. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI