fbpx

Aina Abdul pecat pengurus?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIADA isu menyingkirkan, Aina Abdul mahu bersikap profesional dan enggan bermasam muka dengan bekas pengurusnya yang berhenti kerja sejak sebulan lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi popular Aina Abdul menyangkal tuduhan kononnya berlaku perselisihan faham sehingga menjadi terpaksa menyingkirkan pengurus peribadi sendiri.

Menurut pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani itu, tindakan bekas pengurusnya meletakkan jawatan sejak sebulan lalu adalah keputusan sendiri dan semuanya berlaku secara sukarela.

“Perkara tersebut boleh dikatakan jadi terlalu pantas dan dan saya tidak menyingkirkan sesiapa pun.

“Sesiapa yang keluar dari hidup saya adalah keputusan diri sendiri dan mereka ada alasan tersendiri.

“Apa yang terbaik adalah bertanyakan kepada pihak sana kerana dia mengundurkan diri secara sukarela,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar program Big Stage musim kelima baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aina tidak mahu perkara yang berlaku menyebabkan kedua-dua pihak bermasam muka.

Sebaliknya, dia akan tetap bersikap profesional dan masih bertegur sapa jika bertembung di mana-mana acara.

“Sudah tentu saya sedih kerana kami telah bekerja bersama dalam jangka masa yang lama. Namun saya percaya dengan rezeki Tuhan.

“Saya bukan jenis yang bermasam muka dan tidak mahu ada isu harus minta maaf atau memaafkan sesiapa pun.

“Kalau boleh saya mahukan hubungan yang apabila berjumpa di mana-mana majlis, masih boleh bercakap,” ujarnya.

Ditebak mengenai punca terjadinya pengunduran tersebut, pelantun lagu Sumpah itu enggan membuka mulut kerana menganggapnya sebagai masalah dalaman yang berlaku antara dia dan bekas pengurus.

“Apa pun yang terjadi antara kami biarlah saya sahaja yang tahu kerana tidak berani untuk bercakap lebih-lebih.

“Isu tersebut bagi saya sangat peribadi dan ada masalah dalaman yang berlaku antara kami,” tutur penyanyi berusia 30 tahun itu.

Desas-desus konflik antara penyanyi itu dan bekas pengurusnya yang berkhidmat sejak 2019 timbul apabila mereka dilihat tidak lagi bersama dalam beberapa majlis.

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, Aina menukar nombor telefon pengurus dalam laman sosial miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI