fbpx

435 ‘pomade’ tiruan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa pejabat KPDN cawangan Bintulu semasa membuat pemeriksaan ke atas minyak rambut 'pomade' tiruan yang dijual di salah sebuah pasar raya di Bintulu, Sarawak semalam.

BINTULU – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Bintulu merampas sebanyak 435 minyak rambut ‘pomade’ berjenama tiruan menerusi serbuan ke atas empat pasar raya di sekitar bandar raya ini.

Ketua Cawangan Pejabat KPDN Cawangan Bintulu, Al Redzamani Abdul Razak berkata serbuan dibuat bersama wakil-wakil pemilik cap dagangan produk berkenaan, semalam dengan nilai rampasan lebih RM3,000.

“Hasil pemeriksaan ke atas empat premis terbabit, kesemua minyak rambut ‘pomade’ itu didapati menggunakan cap dagangan secara salah mengikut Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya semua kes akan disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 di bawah kesalahan Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

Redzamani menambah sekiranya bukan pertubuhan perbadanan, mereka akan didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara, beliau berkata setakat 11 April tahun ini, pejabat KPDN cawangan Bintulu merekodkan sebanyak enam kes harta intelek membabitkan Akta Cap Dagangan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI