fbpx

1,000 pemilik BYD diraikan di Stadium Negara Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik kereta BYD berkumpul bersama dalam satu majlis yang meriah di Stadium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Motors berjaya memecahkan rekod terbaharunya  dengan berjaya membuat penyerahan 1,000 kereta dalam masa 100 hari. 

Detik bersejarah itu telah diraikan bersama 1,000 pemilik pertama BYD di Malaysia dalam satu majlis penyerahan besar-besaran yang pertama sepertinya di Stadium Negara Bukit Jalil.

Majlis ini menandakan satu lagi mercu jaya bagi Sime Darby Motors, berikutan penyerahan 100 unit dalam masa 10 hari pertama selepas pelancaran BYD di Malaysia.

Para pelanggan dari seluruh negara telah menghadiri majlis sepanjang hari tersebut dengan aktiviti eksklusif menyeronokkan yang diadakan khas untuk pemilik BYD.

Persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik serta beberapa pertunjukan penuh bertenaga lain telah menghiburkan pemilik baharu manakala para pelanggan  juga membawa pulang hadiah-hadiah menarik daripada cabutan bertuah.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, sambutan yang julung kali diadakan ini menandakan satu mercu tanda yang penting dalam pemasaran kenderaan elektrik Malaysia (EV), mencerminkan tahap populariti dan penerimaan EV yang semakin meningkat di negara ini. 

“Kami sukacita untuk mengekalkan momentum penyerahan BYD ATTO 3 kepada pelanggan dan hari ini merupakan satu majlis yang bertujuan meraikan semua pemilik kereta baharu. Kami akan terus memacu pertumbuhan permintaan EV di seluruh segmen pasaran kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, seiring kejayaan penyerahan kenderaan baharu, BYD baru-baru ini telah membuka bilik pameran terbaharunya di Gurney Plaza, Pulau Pinang. 

Terletak di lokasi popular dan mudah dikunjungi di Pulau Pinang, bilik pameran terkini menyediakan ruang yang selesa dan menarik seluas 1,500 kps untuk pelanggan bersantai, berinteraksi dengan kakitangan BYD yang dilatih secara profesional dan berpengetahuan dan mempelajari lebih lanjut tentang teknologi canggih yang ditawarkan oleh BYD. 

Para pelanggan boleh mengambil kesempatan ini untuk memandu uji BYD ATTO 3 dalam kunjungan mereka ke bilik pameran. 

Stesen pengecasan percuma juga terletak di tingkat 6 Gurney Plaza, dan disediakan oleh Sime Darby Motors. 

BYD ATTO 3  boleh didapati dalam dua pilihan, dijual pada harga daripada RM149,800 bagi varian Standard dan RM167,800 bagi varian Extended dengan pilihan lima warna, iaitu Surf Blue (Biru Luncur), Parkour Red (Merah Parkour), Boulder Grey (Kelabu Batu), Forest Green (Hijau Belantara) dan Ski White (Putih Ski). -KOSMO!  ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI