MUAR – Seorang warga emas nekad terjun dari jambatan dipercayai dalam cubaan membunuh diri di Jambatan 1, Sungai Muar, Bandar Maharani, awal pagi ini di sini, hari ini.
Menurut Komander Operasi, TPgB II Shahrizal Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.03 pagi.
“Kami menerima panggilan kecemasan dari pihak polis melaporkan mengenai seorang warga emas lelaki lingkungan usia 77 tahun telah terjun dari atas jambatan.
“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, kelibat mangsa tidak kelihatan. Hanya motosikal serta selipar mangsa di temui di tepi jalan atas jambatan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Shahrizal, misi pencarian dijalankan dengan kekuatan 17 orang anggota termasuk empat anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan dua jentera bomba serta dua buah bot aluminium.
Ujarnya, usaha pencarian sedikit mencabar atas faktor pasang surut air sungai dan pencarian masih diteruskan sehingga kini.-KOSMO! ONLINE