fbpx

Wanita tinggi lebih 6 kaki sukar temui teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Temara mengakui mencari teman lelaki adalah hampir tidak mungkin kerana pilihan yang ada amat terhad. – Marie Temara

PALM BEACH, FLORIDA – Seorang wanita yang mempunyai ketinggian 187.9 sentimeter (6 kaki 2 inci)  mendedahkan bahawa dia sukar bertemu teman lelaki yang sesuai disebabkan keadaan fizikalnya, lapor portal berita MailOnline.

Marie Temara  dari negeri Florida berkata, dia berusaha untuk membuang stigma terhadap dirinya namun sukar menemui pasangan yang sesuai.

Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia sukar keluar temu janji kerana hanya dua peratus daripada populasi di negeri itu mempunyai ketinggian melebihi 190 sentimeter.

“Saya mengaku amat sukar untuk menemui lelaki lebih tinggi daripada saya. Mencari teman lelaki adalah hampir tidak mungkin kerana pilihan yang ada amat terhad.

“Saya juga kerap  diberitahu bahawa tiada lelaki sukakan gadis tinggi, saya kelihatan seperti lelaki yang memakai kasut tumit tinggi serta saya terlalu berat untuk menjadi wanita,” katanya.

Temara bagaimanapun baru-baru ini mula bertemu janji dengan lelaki lebih rendah dan dia kini  lebih terbuka untuk mengadakan temu janji dengan mana-mana lelaki.

“Namun, ada masanya agak sukar untuk menemui lelaki yang tidak kisah dengan bentuk fizikal saya yang lebih tinggi. Saya berharap dapat mengubah stigma bahawa ‘lelaki perlu lebih tinggi dalam sesuatu hubungan’ kerana ketinggian tidak penting,” ujarnya.

Temara bagaimanapun merupakan individu paling rendah dalam keluarganya.

Bapanya mempunyai ketinggian 190 sentimeter,  manakala ibunya berketinggian 195.8 sentimeter, selain abang dan adik lelakinya mempunyai ukuran tinggi masing-masing 205.7 sentimeter dan 208.2 sentimeter. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI